Wednesday, 13 May 2015

TAKLIMAT UPKK 2015 BERSAMA IBUBAPA/PENJAGA

26 April 2015 satu taklimat bersama ibubapa/penjaga telah di adakan di Dewan Sekolah bagi memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai pentingnya UPKK ini untuk masa depan pelajar SAR MODEN.

Alhamdulillah, tahun ini 2015 seramai 25orang pelajar tahun 5 bakal menduduki peperiksaan UPKK. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menganjurkan PROGRAM KECEMERLANGAN UPKK bagi memberi lebih tumpuan kepada pelajar-pelajar ini.

Antara aktiviti yang bakal pelajar ikuti sebelum menduduki peperiksaan ini adalah kelas tambahan, kem motivasi dan juga gerak gempur soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Tujuan program ini adalah untuk memantapkan lagi  tahap pembelajaran pelajar.

Jutaan terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang sudi hadir pada hari taklimat ini. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak kita. Amin.





Wednesday, 7 January 2015

17 OKTOBER 2014 (JUMAAT)

KURSUS TULISAN KHAT BERKELOMPOK


Dengan izin Allah satu program dapat di jalankan untuk memberi pendedahan dan teknik penulisan khat kepada murid-murid SAR MODEN. Seramai 187 orang pelajar telah mengikut kursus pendek ini dari tahun satu hingga tahun lima.

Dua orang ustazah telah di undang bagi mengajar teknik penulisan khat kepada murid-murid KAFA SAR MODEN. Terima kasih kepada mereka kerana kesudian berkongsi ilmu kepada kami.




HARI PENDAFTARAN SESI 2015

03 JANUARI 2015 BERSAMAAN 12 RABIUL AWAL 1436H


Pada tanggal 03 Januari 2015 sesi pendaftaran pelajar tahun 2015 telah di adakan pada jam 9.00pagi sehingga 12.00 tengahari. Syukur alhamdulillah sambutan yang di beri amat menggalakkan.


Terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah memilih sekolah kami sebagai sekolah pilihan untuk anak-anak anda. Insya allah kami akan mendidik dan mencurah serta menanamkan sifat-sifat yang baik dan mulia kepada anak-anak tuan/puan sebaik mungkin. Amin

Friday, 17 October 2014

KURSUS PENDEDAHAN TULISAN JAWI BARU



Pada tanggal 15 September 2014 guru-guru SAR MODEN telah diberi pendedahan mengenai tulisan jawi baru. Kursus ini telah di adakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Rompin dan dua fasilitator iaitu En Suhairi Bin Kiman dan Puan Rosnah Binti Yunus telah di jemput bagi memberi pendedahan, kaedah, sejarah serta teknik pembelajaran kepada guru-guru SAR MODEN. Ribuan terima kasih kepada kedua fasilatator kerana kesudian mereka memeriahkan lagi suasana kursus pendedahan tulisan jawi ini serta berkongsi maklumat baru. Alhamdulillah kami guru-guru SAR MODEN telah mendapat pengisian baru serta ilmu yang berguna.